Pages


Saturday 7 April 2012

~~~Rintihan hati Seorang Anak~~~

Untuk tatapan pembaca blog Ae~ffa sekalian,jika anda pernah merasai kehilangan kasih sayang dari seorang Ibu @ bapa,Ae~ffa rasa pastinya anda akan mengerti bertapa susah,sedih dan sakit nya persaan itu.Bacalah luahan dari hati Ae~ffa ni,semoga anda akan lebih menghargai orang tersayang[tak kiralah siapa pun].Jangan biarkan diri kita menyesal selepas kehilangan nya.....                                                                                                          

 Istimewa buat Papa yang tersayang,dengarlah rintihan hati Ae~ffa ni.......                                                                                                
                                                                                                                                                                                 
Papa,masih ingat kah 35 tahun dulu Papa pernah meninggalkan seorang wanita dan 3 orang anak yang masih kecil tanpa sedikit pun rasa bersalah?Ingat kah lagi wajah insan yang begitu mencintai Papa dengan sepenuh hati suatu ketika dulu,tentu Papa dah lupa kan?!Dan jika Papa ingin tahu wanita yang Ae~ffa maksudkan ialah bekas isteri Papa iaitu Mama,Ibu Ae~ffa.Mungkin Papa tak pernah tahu betapa besarnya pengobanan yang telah Mama lakukan semata mata untuk bersama dengan Papa.Mama sanggup tinggalkan keluarga,kemewahan dan segalanya hanya demi lelaki yang tidak bertanggungjawab dan tak layak untuk di cintai,memang tidak berbaloi.....Masa bercinta,bukan main manis sekali mulut Papa sewaktu menjanjikan sebuah kesetiaan,cinta suci dan kebahagiaan palsu pada Mama,dan bila hati Papa mula berubah, tergamak nya Papa mengkhianati cinta Mama di saat wanita lain mula hadir dalam hidup Papa.Apa kesilapan yang telah Mama lakukan sehingga Papa bertindak sebegitu bodoh dan kejam?!Papa tinggalkan Mama, Kakak, Abang dan Ae~ffa yang masih bayi tanpa 1 sen pun pampaasan apalagi harta.Papa tahu tak saat itu Mama hampir hilang harapan untuk hidup.Selepas Papa halau Mama dan kami keluar dari rumah,hak penjagaan kami turut di pikul oleh Mama seorang sedangkan masa tu Mama dah tak tahu ke mana tempat harus di tuju.Bila Mama kembali ke rumah Nenek dan adik beradik Mama,mereka taknak terima Mama sebagai ahli keluarga mereka lagi sebab Mama telah mengingkari kata Nenek.Sebelum Mama berkhawin dengan Papa, Papa bukalah lelaki pilihan kelurga Mama tetapi waktu itu Mama tetap berdegil dengan pendirian nya sehinggakan Mama dipaksa pilih antara keluarga @ cinta.Mama telah memilih cinta dan Nenek begitu marah lalu menghalau Mama keluar dari rumah tanpa belas kasihan.Waktu itu,mungkin Mama masih terlalu muda untuk mengenali apa makna cinta,kasih sayang dan kejujuran lelaki.Pernah tak Papa tahu selama ini kami begitu menderita sebab kehilangan kasih sayang seorang Bapa?!Apabila ada orang yang menanyakan tentang Bapa,kami seolah hilang kata kata untuk menceritakannya,pernah tak Papa terfikirkan perasaan itu begitu memilukan.Bila kami dah meningkat dewasa,Ae~ffa pernah cuba menanyakan kisah lampau Mama, namun Mama akan berpura pura tidak dengar,kadang kadang Mama akan mengelak dan menukar topik perbualan kami seolah olah ingin merahsiakan sesuatu yang begitu pahit dan cuba di lupakan dari kamus hidupnya, kasihan Mama menderita akibat perbuatan kesilapan lalu,andainya Ae~ff mampu memutar kembali saat dulu pastinya kini Ae~ffa telah punyai sebuah keluarga yang lengkap.Kini,setelah apa yang dah terjadi kepada Mama,Kakak,Abang dan diri Ae~ffa,rasanya Ae~ffa tidak mungkin akan memaafkan kesilapann yang telah Papa lakukan kepada kami.Bagaimana Papa ingin menebus 35 tahun yang terlalu memeritkan itu?!Pernah kah Papa terfikir bagaimana kehidupan kami selepas apa yang telah terjadi?Sekiranya masih ada peluang,datanglah jumpa Abang,Kakak dan Mama dan jelaskan pada kami KENAPA KAMI YANG HARUS MENDERITA.Selepas ni Ae~ffa takkan  harapkan apa apa lagi dari Papa,biarlah segalanya berlalu bagai pasir di tiup angin....................

 Semoga suatu hari nanti Papa akan mengerti tiada benda yang lebih bernilai kat dunia ni selain dari memiliki sebuah keluarga yang bahagia......                                                                                                                          


                                                                                                        Luahan hatiku....                          
                                                                                                  ~Ae~ffa Isszavellya Aireene Exzzora~

Thursday 15 March 2012

~Resepi Sandwich ketam bermayonis dan Air bandung selasih~

Rasanya dah lama sangat Ae~ffa tak menulis sesuatu kat blog ni,tiba-tiba terasa rindulah pulak nak berkongsi sesuatu yang baru dengan korang semua.Kali ni Ae~ffa nak sharelah satu resipi yang sedap lagi berkhasiat khas buat pembaca blog Ae~ffa yang comel ni.Resipi yang Ae~ffa nak kongsikan ni Ae~ffa ambil sewaktu menonton rancangan masakan cina kat tv2.Bila Ae~ffa tengok cara chef kat tv tu buat sandwich macam sedap je,Ae~ffa terus sediakan kertas dan pen untuk catatkan resipi tu.Lepas tu Ae~ffa pun cubalah buat, ternyata sandwich yang Ae~ffa buat memang sedap dan amat berbaloi,Hubby Ae~ffa pun puji sedap.Di bawah ni adalah senarai bahan-bahan yang diperlukan.......


~ Sandwich ketam bermayonis ~

1~Sebungkus wheat bread @ breat biasa gunakan isi ketam fresh pun boleh]
3~Sos cili/sos tomato [ikut suka]
2~3 tin isi ketam di lenyekkan [kalau nak
4~Mayornis[salad]
5~Cheese [kalau nak letak pn boleh]
6~Sedikit bawang besar [di potong halus]
7`Daun salad @ daun kubis
8`Hirisan tomato


~Mula-mula,sediakan bread yang telah di potong sisi,sapukan dengan mayonis,letakkan daun salad @ daun kubis dan hirisan tomato,letakkan cheers,bawang besar,sos dan isi ketam yang telah di lenyek dan sekeping lagi bread,simple kan?!korang boleh buat ikut seberapa banyak bahan yang ada.Kat bawah ni Ae~ffa ada sertakan resipi Air Bandung Selasih Berkarbonat.Yang ni bukan resipi ciplak dari mana mana tau.Sebenarnya Ae~ffa saja saja nak buat air bandung biasa tapi lepas tu Ae~ffa terjumpa biji selasih yang masih ada.lepas tu Ae~ffa pun campur lah dengan aiskrim soda untuk menguji rasanya,fuhh!memang sedap.Tak sangka pandai juga Ae~ffa buat resipi sendiri,ada peluang jadi master chef ni!!!


~ Air Bandung Selasih Berkarbonat ~

1~Air Ceri
2~Biji selasih [di rendam]
3~Susu Cair
4~Jagung [dalam tin] 
5~Cincau [cincang halus]
6~Air berkarbonat
7~Ais

~Mula mula,tuangkan sedikit air cerry ke dalam jug besar,kemudian masukkan sedikit ais,susu cair,cincau, jagung & selasih, lepas tu tuangkan air berkarbonat ke dalam jug sambil tangan yang sebelah lagi mengacau pantas agar susu tidak timbul berketul ketul.Kalau ada yang taknak rasa gas berkarbonat tu kuat sangat korang boleh masukkan sedikit garam.Walaupun agak sedikit mahal,tapi Ae~ffa rasa amat berbaloi untuk mencubanya.Pembaca-pembaca sekalian,JANGAN LUPA MENCUBA NYA DI RUMAH....................

Wednesday 25 January 2012

~~~Novel Cinta:Kau Bukan Ditakdirkan Untukku~~~

Perkenalan Aku dengan Stanley J bermula ketika Aku sedang berkursus di PPS[Pusat Permulihan Semarahan]Sarawak.Walaupun tempat tu sebenarnya hanya dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya belajar berdikari,tapi Aku ni di kira agak bernasib baik kerana di terima berkursus di sana selepas mendapat keputusan SPM.Kalau nak di ikutkan hati,memang Aku ingin menolak mentah mentah tawaran berkursus tu,Aku lebih suka mencari kerja yang menerpati citarasaku berbanding menjalani kursus di tempat yang sebegitu rupa.Tetapi akhirnya Aku terpaksa mengalah dan menurut jua kehendak orang tuaku walaupun pada ketika itu perasaanku memberontak.Selepas tiba di PPS,Aku telah di beri penerangan tentang kawasan persekitaran,peraturan yang perlu di patuhi & sebagainya.Aku telah memilih kursus [Salon kecantikkn~5 bulan] & [komputer~1 tahun] kerana tempoh masanya agak singkat berbanding kursus kursus yang lain.Walaupun pada mulanya Aku berasa agak janggal & kekok bila bersama mereka,namun setiap hari Aku memujuk hatiku agar bersabar dan terus cekalkan hati.Seminggu berada di sana ibarat 10,000 tahun lamanya.Pada minggu pertama tempoh berkursus,Aku merasa agak kurang selesa bila bersama mereka bukan kerana Aku ni sombong tak bertempat,tapi bila Aku cuba berbuat baik pada mereka,mereka seolah olah tak ambil peduli pun,mungkin mereka sememangnya tidak menyukai orang normal seperti Aku.Walaupun begitu banyak rintangan yang mula mendatang pada minggu yang seterusnya,Aku cuba bersabar dan belajar biasakan diri dengan keadaan.Setelah itu,Aku mula balajar bergaul dan telah mempunyai beberapa orang kawan iaitu~Wan,Faizal, Dominic,Goh,Gilbert,Maulana[abg angkat] & Baharudin~Mereka ni amat baik dan dan mudah di ajak bergurau.Di dalam salon kecantikkan,Wan & Faizal lah yang banyak mengajar Aku cara cara mengunting rambut yang betul agar pelangan yang datang berkunjung berpuas hati dengan hasil kerja pelatih.Lama kelamaan Aku mula selesa bergaul dengan mereka,Aku juga mengerti perasaan mereka yang di lahirkan cacat @ kemalangan yang mencacatkan mereka sebab bukan semua orang boleh terima 'kekurangan diri'.Ini membuatkan Aku lebih menghargai diri dan bersyukur kerana di lahirkan normal.Tidak lama selepas itu,Cahaya Yusuf[kawan sekolahku]juga turut berkhursus di situ.Aku mengesyorkan Cahaya mengambil kursus yang sama denganku,sekurang-kurangnya tidaklah Aku merasa keseorangan.Sejak hari tu kami jadi semakin rapat dan agak terkenal di kalangan pelatih lelaki.Ramai yang cuba cuba mengoda,tak kurang juga yang mengirim berpuluh puluh surat berbaur cinta.Kini bila di fikirkan balik,terasa luculah pulak.Pada suatu hari,ada serombongan atlit renang wakil Sarawak yang baru balik dari Sukan Sea Kuala Lumpur yang akan menginap beberapa hari di PPS.Bilik tempat mereka menginap tu kebetulan bertentangan dengan pintu asrama perempuan.Suatu petang,Zambri S tiba tiba datang meluahkan cintanya padaku sedang kan sebelum ni Aku tak pernah kenal pun siapa dia.Aku menolak permintaannya dengan cara baik kerana Aku taknak menyakitkan hati sesiapa,lagipun Aku masih menyintai kekasihku Robie.Setiap petang Aku akan menghubungi Robie untuk bertanya khabar dan melepaskan rinduku.Waktu tu Aku rasakan seperti tak mampu hidup tanpanya,maklumlah cinta zaman sekolah.Lama kelamaan Aku mula rasakan Robie mula berubah dan agak sukar di hubungi.Setiap kali Aku cuba hubunginya,pasti ibu @ kakakya mengatakan Robie sudah keluar lepak dengan kawan.Masa tu Aku merasakan Robie seperti sengaja menjauhkan diri,mungkin cinta kami hanya mampu bertahan setakat ni saja.Pada malam tu Aku keluar dari asrama kerana tidak dapat melelapkan mata dan asyik memikirkan hubungan kami yang tak berkesampaian.Sebenarnya Aku tidak berkeseorangan pada malam tu,Aku seperti terlihat ada bayang-bayang manusia lain yang berdiri sambil merokok berdekatan denganku di sebalik kegelapan malam.Entah kenapa tiba-tiba Aku rasa semacam ingin menegurnya tapi Aku batalkan saja niat suciku kerana aku telah pun ditegur dulu.'kitak sik dapat tido juak kah?!samalah kita tok' Aku rasa soalan yang dia ajukan tu agak bodoh bunyinya,dah ternyata Aku terpacak kat luar tu buat apa lagi?!Lepas tu Aku pun beranikan diri berdiri di sebelahnya.Masa tu keadaan agak gelap,maka Aku tak dapat melihat milik siapakah wajah itu.Aku pun beranikan diri menghampirinya dan memperkenalkan diri,kami pun mula berkongsi cerita dan masalah masing masing,waktu tu Aku tak terfikir pun nak tanya siapa nama dia.Ketika Aku menceritakan masalahku padanya,Aku dapat rasakan dia ni boleh jadi pendengar setia yang baik.Aku dapat tahu dia ni sebenarnya bukanlah pandai sangat merokok,tapi saja saja nak hilangkan tension katanya.Setelah agak lama kami bercerita,tiba tiba kami di sergah dari belakang oleh pak guard yang meronda malam tu.Kami berdua di beri amaran agar jangan mengulangi kesalahan ini.Pada keesokkan harinya,Aku cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.Pada suatu petaang,Aku telah menerima sepucuk surat dari seorang peminat misteri,lepas membaca isi kandungan nya barulah Aku tahu rupa-rupanya surat itu datangnya dari lelaki misteri yang pernah menegur Aku pada suatu malam dulu.Tujuan dia melayangkan surat tu kerana ingin berkenalan dan menjalinkan persahabatan.Pada mulanya Aku hanya membiarkan surat tu tanpa membalasnya tetapi selepas kawan baiknya terus menerus meminta agar Aku memberikan jawapan secepatnya maka Aku pun membalas surat tu dengan ala kadar je.Masa tu Aku masih belum mampu menerima sesiapa dalam hatiku sebab sayang ku pada Robie mengatasi segalanya.keesokkan harinya Aku menerima balasan surat dari si dia.Dia memperkenalkan dirinya Stanley J. dan berasal dari Kapit.Dalam surat tu,dia menasihatkan Aku agar cuba mulakan satu persahabatan yang baru,lupakanlah perasaan cintaku pada Robie kerna ia tak mungkin ada kesudahan yang baik dan biarkan ia berlalu.Selepas membaca isi surat tu,Aku menangis dan terus keluar dari asrama untuk berjumpa dengan nya.Dan inilah kali pertama Stanley memujuk,memelukku seperti seorang kekasih dan Aku merasa selesa di perlakukan begitu.Sejak hari itu,terjalinlah satu  persahabatan berbaur cinta antara kami.Sebelum dia balik ke Kapit,dia telah menghadiahkan handphone Nokia 3310 untukku agar mudah berhubung bila berjauhan..............

                                                                                                                    To be Continue ......

Saturday 12 November 2011

~~~Britney Jean Spears~~~

Kali ini Ae~ffa nak cerita pula pasal artis kesayangan Ae~ffa iaitu~Britney Jean Spears @ Britney Spears~,lahir pada 02 December 1981 di Mc Comb,Mississippi Amerika Syarikat.Britney ialah seorang gadis yang kecil molek, cantik,pandai menari,menyanyi dan amat berbakat dalam bidang lakonan.Bakat Britney mula bersinar pada tahun 1997 di usia 16 tahun dengan album pertamanya "baby 1 more time",masa tu Ae~ffa dah mula minat kat Britney.


Ae~ffa tak kisah walaupun selama ini ramai yang tak suka dengan cara pergaulannya yang terlalu bebas,pakaian yang menjolok mata,kontrolversi yang tak berkesudahan dan kisah rumah tangganya yang begitu menyentuh hati.Ramai yang hanya tahu mengutuk dan mencari kesilapannya,tapi tak pernah cuba untuk mengerti.Setiap manusia bukan sempurna di ciptakan,oleh itu kita kena memperbaiki kelemahan dan berusaha mencari kesempurnaan itu walaupun cuma sedikit.

Monday 7 November 2011

~~~Impianku Bersamanya~~~

Hai teman-temanku sekalian....Nak tahu tak ini lah kali pertama Ae~ffa menulis blog,so Ae~ffa Sebenarnya belum ada idea lagi nak tulis sesuatu kat dalam ni tapi tanpa Ae~ffa sedari sebenarnya jari jemari Ae~ffa telah pun menaip sebaris ayat lalu menjadi perkataan.Tajuk untuk permulaan blog Ae~ffa pada malam ni adalah~ IMPIANKU BERSAMANYA~Semua orang ada impian kan?!Jadi Ae~ffa nak shere lah salah 1 impian Ae~ffa untuk di kongsikan bersama.Mungkin impian Ae~ffa ni kedengaran agak lucu dan mustahil,tp tak salah rasanya jika Ae~ffa nak juga kongsikan impian itu untuk tatapan pembaca sekalian. 


Impian Ae~ffa adalah ingin berjumpa,berkawan,bercinta dan bahagia bersama permain bolasepak antarabangsa PORTUGAL,Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo.Untuk pengertahuan pembaca sekalian, Ae~ffa ni minat sangat kat Cristiano Ronaldo sebab dia seorang yang tampan,begaya,menjadi kebanggaan keluarganya,ikon bolasepak antarabangsa dan menjadi pujaan ramai.Walaupun ini hanyalah satu impian,tp Ae~ffa yakin mungkin suatu hari nanti impian Ae~ffa ni akan menjadi kenyataan atau semua ni hanya akan blaku bila mimpi mengundang di kala malam.....ZzZzZzZzZ.Apa-apa pun Ae~ffa tetap tidak menyesal minat dan sayangkan Cristiano Ronaldo walaupun 1001 kontroversi yang datang melandanya.Ae~ffa berharap suatu masa nanti Ae~ffa berpeluang bertemu dengan Idola Pujaan Ae~ffa.                                               I love u so much............................   

~~~WELCOME TO MY BLOG~~~

Salam sayang kepada pembaca sekalian.Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri....saya Ae~ffa Isszavellya Aireene Exzzora,berasal dari Sibu Sarawak.Korang boleh panggil saya Ae~ffa @ Aireene.Segala titipan yang Ae~ffa coretkan disini semuanya datang dari sudut pandangan peribadi Ae~ffa sendiri,so jika ada paparan yang mungkin tidak kena pada pandangan pembaca sekalian Ae~ffa minta maaf bamyak banyak,tapi Ae~ffa percaya setiap orang ada pandangan nya yang tersendiri.Semoga apa yang bakal Aeffa coretkan ini akan memberi sedikit pengajaran,infomasi & menambahkan lagi pengertahuan pembaca sekalian,Selamat Membaca Blog  Ae~ffa Yang Comel Macam Ae~ffa ni......I Love U Alls......Bye....