Pages


Wednesday, 25 January 2012

~~~Novel Cinta:Kau Bukan Ditakdirkan Untukku~~~

Perkenalan Aku dengan Stanley J bermula ketika Aku sedang berkursus di PPS[Pusat Permulihan Semarahan]Sarawak.Walaupun tempat tu sebenarnya hanya dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya belajar berdikari,tapi Aku ni di kira agak bernasib baik kerana di terima berkursus di sana selepas mendapat keputusan SPM.Kalau nak di ikutkan hati,memang Aku ingin menolak mentah mentah tawaran berkursus tu,Aku lebih suka mencari kerja yang menerpati citarasaku berbanding menjalani kursus di tempat yang sebegitu rupa.Tetapi akhirnya Aku terpaksa mengalah dan menurut jua kehendak orang tuaku walaupun pada ketika itu perasaanku memberontak.Selepas tiba di PPS,Aku telah di beri penerangan tentang kawasan persekitaran,peraturan yang perlu di patuhi & sebagainya.Aku telah memilih kursus [Salon kecantikkn~5 bulan] & [komputer~1 tahun] kerana tempoh masanya agak singkat berbanding kursus kursus yang lain.Walaupun pada mulanya Aku berasa agak janggal & kekok bila bersama mereka,namun setiap hari Aku memujuk hatiku agar bersabar dan terus cekalkan hati.Seminggu berada di sana ibarat 10,000 tahun lamanya.Pada minggu pertama tempoh berkursus,Aku merasa agak kurang selesa bila bersama mereka bukan kerana Aku ni sombong tak bertempat,tapi bila Aku cuba berbuat baik pada mereka,mereka seolah olah tak ambil peduli pun,mungkin mereka sememangnya tidak menyukai orang normal seperti Aku.Walaupun begitu banyak rintangan yang mula mendatang pada minggu yang seterusnya,Aku cuba bersabar dan belajar biasakan diri dengan keadaan.Setelah itu,Aku mula balajar bergaul dan telah mempunyai beberapa orang kawan iaitu~Wan,Faizal, Dominic,Goh,Gilbert,Maulana[abg angkat] & Baharudin~Mereka ni amat baik dan dan mudah di ajak bergurau.Di dalam salon kecantikkan,Wan & Faizal lah yang banyak mengajar Aku cara cara mengunting rambut yang betul agar pelangan yang datang berkunjung berpuas hati dengan hasil kerja pelatih.Lama kelamaan Aku mula selesa bergaul dengan mereka,Aku juga mengerti perasaan mereka yang di lahirkan cacat @ kemalangan yang mencacatkan mereka sebab bukan semua orang boleh terima 'kekurangan diri'.Ini membuatkan Aku lebih menghargai diri dan bersyukur kerana di lahirkan normal.Tidak lama selepas itu,Cahaya Yusuf[kawan sekolahku]juga turut berkhursus di situ.Aku mengesyorkan Cahaya mengambil kursus yang sama denganku,sekurang-kurangnya tidaklah Aku merasa keseorangan.Sejak hari tu kami jadi semakin rapat dan agak terkenal di kalangan pelatih lelaki.Ramai yang cuba cuba mengoda,tak kurang juga yang mengirim berpuluh puluh surat berbaur cinta.Kini bila di fikirkan balik,terasa luculah pulak.Pada suatu hari,ada serombongan atlit renang wakil Sarawak yang baru balik dari Sukan Sea Kuala Lumpur yang akan menginap beberapa hari di PPS.Bilik tempat mereka menginap tu kebetulan bertentangan dengan pintu asrama perempuan.Suatu petang,Zambri S tiba tiba datang meluahkan cintanya padaku sedang kan sebelum ni Aku tak pernah kenal pun siapa dia.Aku menolak permintaannya dengan cara baik kerana Aku taknak menyakitkan hati sesiapa,lagipun Aku masih menyintai kekasihku Robie.Setiap petang Aku akan menghubungi Robie untuk bertanya khabar dan melepaskan rinduku.Waktu tu Aku rasakan seperti tak mampu hidup tanpanya,maklumlah cinta zaman sekolah.Lama kelamaan Aku mula rasakan Robie mula berubah dan agak sukar di hubungi.Setiap kali Aku cuba hubunginya,pasti ibu @ kakakya mengatakan Robie sudah keluar lepak dengan kawan.Masa tu Aku merasakan Robie seperti sengaja menjauhkan diri,mungkin cinta kami hanya mampu bertahan setakat ni saja.Pada malam tu Aku keluar dari asrama kerana tidak dapat melelapkan mata dan asyik memikirkan hubungan kami yang tak berkesampaian.Sebenarnya Aku tidak berkeseorangan pada malam tu,Aku seperti terlihat ada bayang-bayang manusia lain yang berdiri sambil merokok berdekatan denganku di sebalik kegelapan malam.Entah kenapa tiba-tiba Aku rasa semacam ingin menegurnya tapi Aku batalkan saja niat suciku kerana aku telah pun ditegur dulu.'kitak sik dapat tido juak kah?!samalah kita tok' Aku rasa soalan yang dia ajukan tu agak bodoh bunyinya,dah ternyata Aku terpacak kat luar tu buat apa lagi?!Lepas tu Aku pun beranikan diri berdiri di sebelahnya.Masa tu keadaan agak gelap,maka Aku tak dapat melihat milik siapakah wajah itu.Aku pun beranikan diri menghampirinya dan memperkenalkan diri,kami pun mula berkongsi cerita dan masalah masing masing,waktu tu Aku tak terfikir pun nak tanya siapa nama dia.Ketika Aku menceritakan masalahku padanya,Aku dapat rasakan dia ni boleh jadi pendengar setia yang baik.Aku dapat tahu dia ni sebenarnya bukanlah pandai sangat merokok,tapi saja saja nak hilangkan tension katanya.Setelah agak lama kami bercerita,tiba tiba kami di sergah dari belakang oleh pak guard yang meronda malam tu.Kami berdua di beri amaran agar jangan mengulangi kesalahan ini.Pada keesokkan harinya,Aku cuba berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.Pada suatu petaang,Aku telah menerima sepucuk surat dari seorang peminat misteri,lepas membaca isi kandungan nya barulah Aku tahu rupa-rupanya surat itu datangnya dari lelaki misteri yang pernah menegur Aku pada suatu malam dulu.Tujuan dia melayangkan surat tu kerana ingin berkenalan dan menjalinkan persahabatan.Pada mulanya Aku hanya membiarkan surat tu tanpa membalasnya tetapi selepas kawan baiknya terus menerus meminta agar Aku memberikan jawapan secepatnya maka Aku pun membalas surat tu dengan ala kadar je.Masa tu Aku masih belum mampu menerima sesiapa dalam hatiku sebab sayang ku pada Robie mengatasi segalanya.keesokkan harinya Aku menerima balasan surat dari si dia.Dia memperkenalkan dirinya Stanley J. dan berasal dari Kapit.Dalam surat tu,dia menasihatkan Aku agar cuba mulakan satu persahabatan yang baru,lupakanlah perasaan cintaku pada Robie kerna ia tak mungkin ada kesudahan yang baik dan biarkan ia berlalu.Selepas membaca isi surat tu,Aku menangis dan terus keluar dari asrama untuk berjumpa dengan nya.Dan inilah kali pertama Stanley memujuk,memelukku seperti seorang kekasih dan Aku merasa selesa di perlakukan begitu.Sejak hari itu,terjalinlah satu  persahabatan berbaur cinta antara kami.Sebelum dia balik ke Kapit,dia telah menghadiahkan handphone Nokia 3310 untukku agar mudah berhubung bila berjauhan..............

                                                                                                                    To be Continue ......